Terajui Minda Anda: Adakah Melayu Mudah Lupa?
Video diatas menerangkan kepada kita tentang realiti kehidupan. Walaupun ianya, bukan la satu kemanisan dipandangan mata tetapi pahit, masam, manis perlu juga kita telan kerana ini adalah realiti kehidupan. Dr. Mahathir, bekas perdana menteri kita pernah mengatakan melayu itu mudah lupa. Tetapi sejauh manakah kebenaran kenyataan ini. Walaupun, saya pasti video diatas bukan menunjukkan statistik yang terkini tetapi saya pasti ini juga boleh membuatkan kita sebagai kaum melayu untuk terus bersemangat menerajui teknologi dan kepakaran semasa demi untuk kepentingan negara dan bangsa.
Mari kita lihat perkembangan generasi kita. Remaja sekarang, banyak yang terpesong dengan perkara negatif. Mudah betul kita terpengaruh dengan era dan 'trend' yang dibawa oleh negara barat. Benar, kesukaan mereka merupakan satu kepuasan diri tetapi layakkah mereka menerima kepuasan diri itu tanpa berusaha dahulu. Ini satu persoalan untuk semua. Apakah kita panggil diri kita sendiri ini bijak jikalau pada siang hari hanya merenung jauh mengharapkan bulan jatuh ke riba tetapi berbelanja sakan seperti diri kita sendiri telah berusaha sedaya upaya dengan bersungguh-sungguh. Tidak sama sekali. Apa yang saya lihat, perkara ini amat merugikan.
Disebabkan itu, melayu pada masa kini secara terus menggunakan wang PTPTN ataupun mana-mana pinjaman pelajaran untuk membeli benda-benda yang mereka lihat mengikut 'trend' seperti kereta mewah, jam tangan mewah dan sebagainya. Jikalau boleh semua hendak saja berjenama. Dan barang-barang berjenama ini sudah tentu bukan buatan anak watan malaysia sendiri. Apa salahnya membeli barangan buatan Malaysia. Bukan sahaja membantu Malaysia dari segi perkembangan ekonomi malah membantu anak Malaysia kita untuk terus mengembangkan produk mereka.
Apabila tidak mampu untuk membayar segala hutang piutang barulah hendak menyesal walhal segalanya sudah terlambat. Umur belum pun mencecah 30 sudah berstatus bankrup. Anak-anak sekalian, inilah yang sedang berlaku pada zaman ini. Kita lihat video diatas, berapa ramai bakal graduan yang akan mendapat kerja. Jika anda seorg pelajar, lihatlah ke kawan atau teman yang berada disebelah anda. Adakah dia calon graduan yang tidak akan mendapat kerja? Adakah sebaliknya, adakah anda pula yang tidak akan mendapat kerja? Kita patut memikirkan semua ini. Jangan kita sekali lagi menutupkan sebelah mata. Sampai bila kita mahu mengendahkan situasi ini?
Oleh itu, kita sama-sama hendaklah berusaha, cuba menggapai apa yang paling tinggi sekali. Memang benar tuhan pemberi rezeki tetiba dia juga menjanjikan rezeki kepada yang berusaha. Jangan cepat sangat berpuas hati dengan apa yang kita ada sekarang kerana dunia ini kian berubah maka kita harus ikut arus permodenan. Ada pihak yang masih lagi memperjuangkan Bahasa Melayu. Kita patut menyokong mereka tetapi janganlah kita lupa bahawa Bahasa asing juga amat penting. Terutama pabila berkomunikasi bersama orang yang tidak memahami bahasa kebangsaan kita. Saya lihat, rata-rata anak melayu kita gagal untuk bercakap dengan fasih bahasa asing. Malah bahasa asing, Bahasa Inggeris yang sudah dipelajari selama 11 tahun masih tidak nampak hasilnya. Terkelu lidah pabila menggunakan bahasa Inggeris ketika temuduga.
Mana sikap kita yang ingin berubah dan mempelajari benda baru? Mana sikap kita yang dahulu? Semuanya lenyap di arus pemodenankah? Adakah bangsa melayu ini akan lenyap selamanya? Hanya kita sahaja mempunyai jawapan untuk itu. Saya teringat komunikasi saya dengan seorang anak melayu ini, yakin berkata-kata. Dia berkata 'Apabila saya sudah berjaya, saya akan tinggalkan negara ini dan bekerja diluar negara'. Kenyataan yang mengejutkan. Di manakah sikap patriotik anak muda ini? Sudah hilang dimakan zamankah? Saya fikir, sia-sia sahaja nenek moyang kita memperjuangkan kemerdekaan jikalau beginilah sikap generasi muda kita.
Apa itu Melayu?
Melayu itu halus seninya
Yang selalu jaga bangsanya.
Apa itu Melayu?
Melayu itu tajam tikamannya
Tajam lagi sindirannya
Jelingannya itu mempunyai erti
Erti tikaman sesama bangsa perlu dijauhi
Apa itu Melayu?
Asal Melayu adalah perantau
Merantau jauh mencari tanah, mencari rezeki, mencari ilmu
Dan itu adalah Melayu.
Tapi kiniApa itu Melayu?
Anak muda di tepi kaki-kaki jalanan
Mencari tempat melepas kebosanan
Melepas kegianan
Apakah kita lupa?
Nenek moyang kita pernah berusaha
Berusaha mengusaha tanah,
Berusaha mencapai kemerdekaan,
Berusaha mengekalkan apa yang kita ada masa kini
Sudah sampai masanya
Kita bangun, bangkit dari alam mimpi
Yang mimpinya itu hanya indah di mata
Tetapi realitinya
Jauh khabar dari rupa
Wahai anak muda,
Melayu itu bangsa kamu
Dan tanah Malaysia ini ibarat darah dagingmu
Maka tolonglah tanah mu ini
Yakni saudara Melayu kamu sendiri
Apa itu Melayu?
Melayu itu halus seninya
Yang selalu jaga bangsanya.
Apa itu Melayu?
Melayu itu tajam tikamannya
Tajam lagi sindirannya
Jelingannya itu mempunyai erti
Erti tikaman sesama bangsa perlu dijauhi
Apa itu Melayu?
Asal Melayu adalah perantau
Merantau jauh mencari tanah, mencari rezeki, mencari ilmu
Dan itu adalah Melayu.
Tapi kiniApa itu Melayu?
Anak muda di tepi kaki-kaki jalanan
Mencari tempat melepas kebosanan
Melepas kegianan
Apakah kita lupa?
Nenek moyang kita pernah berusaha
Berusaha mengusaha tanah,
Berusaha mencapai kemerdekaan,
Berusaha mengekalkan apa yang kita ada masa kini
Sudah sampai masanya
Kita bangun, bangkit dari alam mimpi
Yang mimpinya itu hanya indah di mata
Tetapi realitinya
Jauh khabar dari rupa
Wahai anak muda,
Melayu itu bangsa kamu
Dan tanah Malaysia ini ibarat darah dagingmu
Maka tolonglah tanah mu ini
Yakni saudara Melayu kamu sendiri
Petikan kata-kata daripada ZazaZahidah
Comments
Post a Comment